Thursday, February 12, 2009

melestarikan budaya warisan bangsa

Hari ini,kami akan membincangkan tentang melestarikan budaya warisan bangsa.Melestarikan ialah mengekalkan agar ia tidak berubah-ubah.Budaya ialah kata jamak bagi perkataan buddhi yang bermaksud budi pekerti atau akal.Warisan ialah sesuatu yang ditinggalkan dahulu.Bangsa ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan.Sekarang kami akan menjelaskan bagaimana orang yang bangsa Melayu melestarikan budaya warisan bangsa .



Dari segi bahasa,kita mendapati banyak contoh seperti pantun,puisi dan peribahasa.
Kekayaan khazanah pantun Melayu diwarnai oleh sekumpulan pantun yang sungguh istimewa dan unik serta mewakili peri ketinggian daya pemikiran dan kehalusan bahasa Melayu. Pantun tersebut sentiasa segar dalam hafalan masyarakat Melayu, diingati generasi demi generasi, malahan berterusan hingga ke hari ini sebagai khazanah pantun klasik Melayu.





Dari segi kesenian,kita dapat silat dan tarian.Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Malaysia, Filipina, Brunei, Indonesia, dan Thailand. .Tarian ialah jogek tradisional melayu dengan muzik tradisional.





Dari segi peradaban,saya dapat tentang hormat-menghormati dan juga pantang larang.Kita perlu menghormati orang-orang yang lebih tua daripada kita.Itu ialah penting dan cara untuk hormati ialah salam mereka apabila berjumpa.Pantang larang ialah apa yang orang tua percaya seperti malam tak boleh potong kuku,kita tak boleh taruk kaki atas dan makan.Ini ialah cara-cara untuk melestarikan budaya warisan bangsa