Thursday, February 12, 2009

melestarikan budaya warisan bangsa

Hari ini,kami akan membincangkan tentang melestarikan budaya warisan bangsa.Melestarikan ialah mengekalkan agar ia tidak berubah-ubah.Budaya ialah kata jamak bagi perkataan buddhi yang bermaksud budi pekerti atau akal.Warisan ialah sesuatu yang ditinggalkan dahulu.Bangsa ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan.Sekarang kami akan menjelaskan bagaimana orang yang bangsa Melayu melestarikan budaya warisan bangsa .



Dari segi bahasa,kita mendapati banyak contoh seperti pantun,puisi dan peribahasa.
Kekayaan khazanah pantun Melayu diwarnai oleh sekumpulan pantun yang sungguh istimewa dan unik serta mewakili peri ketinggian daya pemikiran dan kehalusan bahasa Melayu. Pantun tersebut sentiasa segar dalam hafalan masyarakat Melayu, diingati generasi demi generasi, malahan berterusan hingga ke hari ini sebagai khazanah pantun klasik Melayu.





Dari segi kesenian,kita dapat silat dan tarian.Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Malaysia, Filipina, Brunei, Indonesia, dan Thailand. .Tarian ialah jogek tradisional melayu dengan muzik tradisional.





Dari segi peradaban,saya dapat tentang hormat-menghormati dan juga pantang larang.Kita perlu menghormati orang-orang yang lebih tua daripada kita.Itu ialah penting dan cara untuk hormati ialah salam mereka apabila berjumpa.Pantang larang ialah apa yang orang tua percaya seperti malam tak boleh potong kuku,kita tak boleh taruk kaki atas dan makan.Ini ialah cara-cara untuk melestarikan budaya warisan bangsa

Thursday, January 29, 2009

sepatu merah...

Pada suatu hari,seorang gadis melayu yang bernama syazwani sedang mencuci lantai dan tiba-tiba ibu tirinya memanggilnya dangan suara yang tinggi.Ibu tirinya menyurohnya membasoh baju setelah habis mencuci lantai.Dengan setia,syazwani melakukannya kerana hendak menjauhkan dirinya daripada dimarahi oleh ibu tirinya.

Di rumahnya ada mesin basoh tetapi ibu tirinya hendak dia membasohnya dengan tangannya untuk menderehnya.setelah membasoh baju-baju itu,dia berbasah-kuyop dan penat jadi dia teros ke biliknya untuk tukar bajunya dan rehat.Tidak puas hati,kakak tirinya,amirah terus ke biliknya untuk mengacaunya.amirah menyuroh syazwani menghantarkan suratnya kepada bakal mata airnya,azri dan jika dia membantah amirah akan memberitahu sesuatu kepada ibunya ini kerana dia ada fikiran yang penuh dengan mushlihat.

Dengan perasaan takot,syazwani terus mengambil surat amirah dan jalan ke rumah azri dengan memakai sepatu merahnya.Apabila sampai di hadapan rumah azri,dia memberi salam dan adik perempuan azri,ramilah menjawab.ramilah menjemput syazwani masuk dan menayah apa hajatnya datang kemari.syazwani pun memberitahunya yang hendak hendak jumpa dengan azri kerana hendak memberinya surat yang daripada amirah.ramilah terus memanggil abangnya dan memberitahunya segala yang bilang oleh syazwani.apabila azri menegok syazwani,azri tersenyum,ini kerana dia telah jatuh cinta dengan syazwani,cinta padang pertama.

setelah memberi azri suratnya itu,syazwani hendak balik tetapi dia tidak dapat cari sepatu merahnya yang terletak di luar rumah azri tadi dan azri pula hendak bantunya pulang dengan cara menaiki keretanya tetapi syazwani tidak mahu dan terus pulang dengan tidak ada sepatu.

seminggu kemudian,azri dapat jumpa dengan sepatu merah syazwani dan terus ke rumahnya untuk kembalikannya kepada syazwani.apabila samapai di rumah syazwani,azri dapat tahu yang syazwani selalu di derah oleh ibu dan kakak tirinya dan terus masuk ke rumahnya untuk hentikan itu semuah dan juga dia mengancam mereka jika mereka tidak membuat sedimikian,dia akan melaporkannya dengan polis.


---Pelajaran di sini---
1)jangan berkhianat dengan orang lain kerana satu hari nanti kamu akan dibalas
2)jangan lupa mana kamu letak kamau punya sepatu HAHAHAHA HEHEHEHE

Monday, January 26, 2009

...ERTI PERSABATAN...

Dalam dunia ini,mustahil kita boleh hidup bersendirian.Ini kerana,setiap manusia akan hendak pertolongan kadang-kala dan siapa lagi yang boleh menolong kami selain daripada keluarga kita sendiri kalau bukan kawan-kawan kita.

Erti persahabatan ialah pertalian antara satu kawan dengan lagi satu kawan.Dan juga,seorang sahabat yang baik akan tolong satu sama lain dengan relah hati,walaupun dia sibuk.Selain daripada tolong-menolong,seorang sahabat boleh membuat apa sahaja bersama-sama.Seperti belajar,mereka boleh pergi ke perpustakaan untuk mengulang kaji perlajaran mereka yang di ajar oleh guru-guru mereka.Ataupun,mereka boleh berjalan-jalan ke tempat menarik,bergurau-gurau dan juga bermain bola sama-sama di padang dengan sahabat-sahabat yang lain.Sebab itu lah kita harus selalu menghargai persahabatan dengan kawan kita,ini kerana,satu hari nanti kita tidak akan dapat jumpa dengan mereka lagi.

Nilai seorang sahabat yang baik bukan terletak pada kedudukannya ataupun kepandainya tetai kepada hatinya yang baik untuk dersama kita di masa yang baik ataupun yang di waktu yang sukar.

Saturday, August 23, 2008

Cara-cara menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab

Ramai orang zaman sekarang boleh mempunyai komputer dan boleh install internet.Internet ada banyak pengunaannya.Kanak-kanak boleh ke lelaman internet untuk bermain secara online ataupun mengulangkaji pelajaran mereka dan juga untuk mendapatkan informasi yang terkini.

Di lelaman internet boleh dapat banyak benda.Kami boleh mendapat infomasi secara begitu sahaja bukan macam zaman dahulu,orang harus ke perpustakaan untuk mendapat informasi yang dikendaki.Kita sepatututnya bersyukur untuk apa yang kita ada kerana kita boleh mendapatkan infomasi dengan secara muda.Apabila kita ada internet,kami sepatutnya mengunakannya untuk benda yang berfaedah dan bukan benda yang mengarut.

Sebagai ibu bapa,mereka sepatutnya memberi anak mereka mengunakan komputer dan memerhatikan lelaman yang anak mereka pergi sesuai ataupun tidak.Anak mereka boleh ke lelaman internet untuk bermain permainan internet seperti lelaman "dragongames, miniclip. 2fastgames, 2flashgames, mofunzone dan maple story."Lelaman permainan ini boleh didapati permainan tembak-tembak.pelancongan dan "RPG".

Kita juga boleh dapatkan infomasi seperti berita harian,binatang-binatang,pokok-pokok dan angkasa lepas.Jika kita tahu infomasi tersebut kami juga boleh bercerita dengan keluarga dan kawan-kawan kita.Lelaman internet pun juga ada perkara yang tidak seronok seperti lelaman 'Frienster dan Msn".Di lelaman ini kami boleh dapat menemui orang lain dan perkara yang tidak baik kerana ini tidak baik.Apabila kita jumpa orang luar.akibatnya boleh menjadi bahaya.Di lelaman internet juga ada video lucah.Ini tidak sesuai untuk kanak-kanak dan juga itu ialah haram untuk orang islam melihat.Kanak-kanak perlu pergi ke lelaman seperti elearn.litespeed.com.sg untuk mengulangkaji pelajaran mereka.Di lelaman itu,ia ada sebuah topic yang budak-budak sedang belajar di sekolah.Lelaman ini akan menolong kanak-kanak mengulangkaji pelajaran dan menjadi lebih cerdik.

Inilah cara-cara untuk menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab.Saya harap semua kanak-kanak akan mengikuti cara-cara yang baik tentang internet.

Thursday, July 24, 2008

Jenis-jenis Gasing

Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.wow banyak betul ye jenis-jenis nye..


http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm

Gasing Pangkah

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.


http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm

Gasing Uri

Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm